Friday, July 24, 2009

PUISI BUAT CAHAYA KEKASIH

Kutulis puisi ini
ketika cahaya itu
menerjah malamku
sehingga aku terjaga
dan melemparkan diriku
diantara penjuru kenangan
seribu peristiwa

cahaya kekasih
begitu bagus nama itu
selembut suria pagi
bunga-bunga unggu
dari rumput kehidupan
dan kita begitu mesra
walau pun cahaya itu terlalu jauh
kelewatan diufuk senja
mengapakah bicara kau kutunggu
terlena lewat dinihari

kita tidak ada apa apa
dan kita bukan sesiapa
tetapi kau langit yang tinggi
dan disana harus ada
burung burung berterbangan
menghiasi indah hari
laut sunyi hati ini

alangkah...
takutnya bermimpi.

6 comments:

Cahaya Kekasih said...

for me????

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

yes

Cahaya Kekasih said...

apa yang uncle takut bermimpi tu? mimpi hantu ke..huhu

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Bukan begitu, cuma takut nak fikir tentang hal yang bukan bukan.Cuma biarlah hubungan kita ni macam hubungan keluarga, mungkin macam ayah dan anak atau macam guru dengan anak murid.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

selama ni pun memang macam tu kan?

Cahaya Kekasih said...

uncle ni buat suspen je la...huhuhu....memang ar selama ni camtu pun....