Saturday, April 25, 2009

BERIKAN AKU SEDIKIT RUANG

Perjalanan pendek ini
harus kuisi dengan segalanya
aku terlalu penat untuk mencorakkan warna
supaya payahku ini menjadi lebih mudah
lebih indah

hanya api yang sentiasa membakar dadaku
tetapi aku hanya menjadi penunggu
pada unggun api yang membara
jauh pula dari sesiapa
jauh dari pantai itu
tiada siapa yang dapat menerka
bahawa ruang sekecil ini
adalah ruang terakhir buatku
menyelinap masuk bersama luka- luka
juga tekad sering saja dipatahkan
kemunculannya di ingatan
inspirasi yang hilang

diam sebentar
hanya memerhatikan tingkah alam
berlegar pantas
sering berubah berlalu dengan gundah
dan kita akan terus dilupakan
hanya sepotong nama
dari yang terkebawah

berikanlah aku jawapan penyudah
terakhir dan terindah.

3 comments:

denanz said...

BERIKAN AKU SEDKIT UWANG, HAHAHA.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

UWANG RUPIAH SEBANYAK BANYAKNYA.

Cahaya Kekasih said...

saya nak RM!!! hehe