Thursday, November 20, 2008

PEMERGIAN

Keberangkatan ini pun tertulis lagi
tertanya-tanya siapa
malah bertimpa- timpa
akur oleh undangan jauh
tidak terduga
tidak tangguh

gerombolan ini pun berlalu pergi
dalam tenang rindu
tersenyum teduh
meninggalkan daerah kacau ini
hingga kami menggelepar
dikoyak rindu
digoncang sendu
berzikir riuh

hingga terlepas cinta dari pelukan
terlerai genggaman
terungkai ikatan
kekang satu demi satu
berturutan

dalam diam
jemputan beralas kias petanda
lembut terpanggil namamu disunyi pusara
tiada lagi usik mencuit hati
menyindiri begini
bagaimana aku harus tertawa.


Buat Bapa Mertua, adik Ipar di Kota Bharu, nenek di Perlis juga jiran Allahyarham Rafie Hussein, Sahabat, Allahyarham Sudiro dan Nasir Ali di KL yang telah kembali ke rahmatullah selepas raya puasa baru- baru ini.
Puisi ini juga terpilih untuk disiarkan dalam majalah Dewan Sastera Januari 2009.

7 comments:

a w a n said...

Saya sedih baca puisi ni...
Al-Fatehah buat semua. Wslm

Unknown said...

Kematian tetap akan tiba. Semoga kita yang masih sedar ini menyedari hakikat kematian.

GHAFAR BAHARI said...

Memang takdir telah tertulis,saya tidak terkilan kerana masih sempat berulang alik beberapa kali ke wad icu di Kota Bharu. saya sempat mencuim pipi bapa mertua saya.Tapi apa yang menyedihkan saya ialah keadaan adik ipar saya yang meninggal dunia beberapa hari selepas pembedahan mata. dia setiap hari menanggis kerana menyambut hari raya dan meninggal dalam keadaan mata yang gelap gelita tidak dapat melihat sesiapa lagi.Dia benar benar kecewa dan berputus asa kerana doktor telah berjanji dan memberi keyakinan bahawa hari raya itu dia akan dapat melihat semula.Terima kasih kerana sudi ziarah ke sini.Semuga mereka pergi dengan keadaan yang damai dan tenang.

GHAFAR BAHARI said...

Selamat hari jadi awan, selamat hari raya dan salam takziah dari saya.meski pun agak terlambat saya ingin mengucapkannya juga. semuga tabah menjalani hidup ini seperti sedia ada.

GHAFAR BAHARI said...
This comment has been removed by the author.
donmny said...

TUAN

....begitulah kehidupan hendaknya

GHAFAR BAHARI said...

Terima kasih Saudara Donmny.