Sekarang
badanku dipenuhi berbagai warna
sebelum itu
aku bersandar ke dinding basah
sebelum itu
aku bersandar rasa ke dindingmu
sebelum itu
kau kurindu di setiap senjaku
sebelum itu
kulukiskan indahnya semua cinta
sebelum itu
mendengar kamu bersuara
sebelum itu
aku rindukan Dia
sebelum itu
aku bergayut pada tali Ilahi
sebelum itu
aku sepatutnya sudah tiada
sebelum itu
kita mungkin pernah berjumpa.
* Mengimbas kembali kenangan di hentian bas, depan Panggung Ekperimen Ungku Aziz,Universiti Malaya. Aku sedang merokok di situ, seorang gadis manis dan comel melintas sambil berlalu dan mencemik sambil mengibas ngibaskan hidungnya seperti rimas dengan asap rokok, walau pun agak jauh.
2 comments:
lebih indah jika kau lukis...
gadis itu, wahai sahabatku.
Setia nanti saya kumpulkan kembali kenangan yang lama itu.
Post a Comment