Tuesday, March 09, 2010

AKU SAYANG IBU DAN AYAHKU

Aku sayang ibu dan ayahku
walaupun...
kepala aku hampir pecah
dipukulnya
walau disiksa
bermandi darah
dibantainya
setelah diikat di tiang
satu kampung dikejarnya aku
dengan parang
hidup hidup
mahu dicincang

tapi aku tidak pernah melawan
sehingga aku tidak tahan
aku pun pergi
cuma untuk berjauhan
tapi aku pulang juga
memangku mereka diribaan
disaat saat terakhir
mereka akan pergi
mengadap ilahi
dan aku pasti
sentiasa memaafkan
kubisikan kalimah syahadah
diteliganya
dengan linangan airmata

tapi anak anak sekarang
meski pun tiada seekor nyamuk
pun yang berani hinggap ketubuhnya
ketika kecil dulu
ketika dia tidur dengan aman
makan bersuap
kecilnya dimandikan
diberinya didikan agama
di sekolah secukupnya
dan di dalam susah bapanya
sehingga harus meminta minta
belas kasih merata rata
hingga hilang tebal malu mukanya
hingga besarlah dia
dari sakit ibu bapanya

bila dia sudah besar gagah
mereka sudah berani
mencabar menengking bapa sendiri
ajak berlawan
mahu disepaknya ketepi
begitulah anak anak akhir zaman
ibu ibu yang melahirkan tuan
di rumah mereka sendiri
menjadi tuan pemerintah
pengarah pengarah

hebatnya anak anak akhir zaman
tidak ingatkah mereka pada lautan api
lautan darah dan nanah
yang bakal direnangi nanti
anak apakah ini.

7 comments:

Cahaya Kekasih said...

sayang abah :)

GHAFAR BAHARI said...

Terima kasih anakanda.

setiakasih said...
This comment has been removed by the author.
setiakasih said...

Keruntuhan sistem pendidikan... memanjakan anak (yang menjadi generasi dewasa sekarang) dan anak mereka pula jadi tidak masuk ajar. (wp tidak semua) tp penderhakaan kini semakin menjadi-jadi.
Anak-anak durhaka kepada ibu bapa dan sebaliknya pun ada.

Namun, aku tetap berbakti dan hormat mereka wp mereka memukulku jiwa dan raga dengan teruk dan remuknya.

Iman.. Iman.. Iman... wajib ada.

GHAFAR BAHARI said...

Setiakasih
Betul kata Setia. Hanya kesabaran dan saikologi secara perlahan lahan yang dapat membentuk mereka, kerana budaya luar yang datang sering membuat anak anak kita sering terkeliru.Termasuk sistem pendidikan yang tidak sama seperti dulu.

Riesna Zasly said...

terharu membacanya..

dsaya oku, ibu bapa sering sishkan dulu juga semasa kecil... sering banding2kan dengan anak2 yang normal lain...

now, bagai tak percaya, saya yg menjaga mereka kini...

oppps melalut lak

terharu

GHAFAR BAHARI said...

Salam Riesna
semua orang memiliki kelemahan dan kelebihan tersendiri.Hal begini adalah perkara biasa dan bukan satu alasan atau halangan buat kita untuk terus berjaya.