Monday, March 15, 2010

KEKASIHKU BUKALAH PINTU PINTU

Kekasihku
maafkanlah aku
aku di jalan yang sedikit keliru
walau seberat mana pun
tidak terkesan padaku
sakitnya luka itu
kerana sentiasa selamanya
telah tertumpu padamu
cintaku sebanyaknya
hasratku redza
keasyikan

kau kekasih segalanya
yang menjadikan tiada kepada ada
yang menjadikan sunyi
kepada indah
hingga aku dapat
berbicara padaMu
terus mata tanpa batas
dan pernah kutanyakan
apa bezanya cinta itu

kekasih berilah aku
gerak pandu
jelas isyarat
sehingga bulan dan bintang
saling berpandang
apa yang bakal berlaku
apa yang sudah tersurat
bukalah semua pintu pintu
ketajaman

kerana selepas ini
aku sudah nekad
aku tidak peduli lagi luka luka
aku harus bangun menyusun rentak
perjuangan seterusnya
telah ku persiapkan
angkatan putih
tentera malaikat.

6 comments:

setiakasih said...

salam GOPA,

Sayuku membaca puisimu
seakan tersayat hatiku
pilu mengenang kesakitanmu
kerinduan itu membungkam dunia
dan kamu terperangkap di dalamnya

keindahan akan jelas terpancar
ke dalam mata hati yang mencarinya
kepahitan akan melarut dalam jiwa
insan yang terjerat keliru kata putus

atas nama cinta kau bertahan
atas nama amanah kau rela diluka
namun ada hadnya pada setiap sempadan yang direntasi

o Kekasihku
pintu-pintu langit
mohon dibukakan untuk dia
yang merunduk sujud di hamparan hijau
dan airmatanya membasahi sungai-sungai rimba kesepian
menungguMu
menjemputnya

o Kekasihku
mohon kabulkan doanya.

GHAFAR BAHARI said...

Setiakasih
rindu aku juga padamu
yang menghantarkan
dulang bahagia
semuga kita dilindungi
sentiasa.

setiakasih said...

Gopa,

aku dilingkari dengan tugasan berkenaan statistik dan memerlukan ketelitian.
Hingga hilang deria puitisku kerananya.

Maafkanlah aku.

GHAFAR BAHARI said...

Setiakasih
tidak mengapa
saya faham tentang itu.

Puspa Cendana said...

salam GB,

maafkan aku melintasi laman permaimu..
kerna detik ini aku larut dalam rindu yang membungkam pada
kitaran semesta..
aku jadi asiyk dalam kalimah bicaramu...
tidakkah ingin kau menjemputku masuk ?
bersama mencari pintu-pintu redhoNya....?

GHAFAR BAHARI said...

Salam Puspa Cencana
Jemputlah masuk ke taman syurga
taman cahaya
yang jalur gemilangnya
tersuluh dari pintu langit
wahai hati hati yang tenang
apakah yang kau masih bimbangkan
dialah Kekasih yang Maha suci.