Anakanda
harap anakanda mengerti
tentang rumitnya hidup seorang lelaki ini
yang pernah kau panggil abah
yang perjuangannya tidak pernah mati
dia hanya memerlukan seseorang
yang hadir disisi untuk ia dampingi
untuk dia sayangi
sehingga terasa dirinya begitu dihargai
di sanalah sungai kehidupan
yang seringnya mengalir deras
dan dia tidak sempat menjawab lagi
alasan alasan kenapa
begitu begini
dia hanya sempat memiliki
sekeping hati
sedikit bahagia
hanya itulah yang ia harapkan
untuk selamanya
sebelum pergi
setangkai bunga
dari kehidupannya yang selama ini
cukup payah
dia sebenarnya cukup menderita
dilambung dihempas sakitnya
sedari mula terbuang
pertemuan ini pun bukanlah sesuatu
yang dirancangkan
bagaimana harus ku ceritakan
dari hatiku yang berdetik
dan terbuka
kerana di sana
telah tertulis segala ketentuan
yang sentiasa kurelakan
terhadapku walaupun sedetik rasa
walau pun seribu cemuhan yang bakal kuterima
kerana dia
ku miliki sinar cahaya
aku tidak peduli semua
kesakitan dulu
janganlah berkecil hati
kerana kau juga anakku
cahaya mataku
dan kuberikan kasih sepenuhnya
sebagai seorang anak
yang sebenarnya ku perlukan juga
seadanya
dan aku sangat bahagia
seorang anakku yang gigih berdikari
tidak gentar di padang cabaran
kerana apa yang tidak pernah kau miliki
sudah terjawab akhirnya
punya seorang ayah seperti ini
yang sama degilnya di arena perjuangan.
3 comments:
hmmm....nape ni abah? ok x ni?
ok je.
isit a good...
is very interisting
Post a Comment