Kekasihku
kususuli hasrat hati
yang terpaut
oleh rentak dan tari puisi
kudekati tulus hatiku
yang sedia menerima seadanya
apa saja yang kau dambakan
tidak pernah aku berkecil hati
dan kamu
separuh dari tapak tangan
yang mengaminkan
kebahagiaan
kita bersama
sungguh pun terpisah
di langit nan tinggi
dan aku tertegun di padang padang
dan tanpamu aku kehilangan sesuatu
walaupun setangkai kecil bunga
walaupun sepotong kata kata
yang tercicir ketika kau berlari
aku sungguh bahagia
mengutipnya kembali
Kekasihku
dengarkan kataku
tidak mungkin aku menulis
jika tidak kutulis dengan hatiku
tidak aku tujukan pada sesiapa
melainkan hanya buatmu
tidak aku menyinta
jika tidak hanya padamu
dan aku akan tetap seikhlas itu
membantu
menurut apa saja mahu mu
mendengar dengan setia
menemani
meskipun sekadar
kekasih penaku.
No comments:
Post a Comment