Saturday, February 27, 2010

KEKASIHKU TIBA TIBA MALAM

Mengapa aku jadi begini
aku tidak berdaya fokus lagi
aku hanya ingin terbang
ke langit Ilusi
kadang kala aku hanya ingin diam
tapi diamku diserbu
oleh segala resahku
wajahmu di mana mana
puisi puisi rindu
sehingga satu demi satu
huruf namamu tertanda
di sudut indah hatiku

kekasihku
meskipun ku sedari
ada tugas yang harus diutamakan
tapi rasaku tidak dapat disembunyikan
hanya kerana senja ini
tiba tiba malam
tapi aku tidak juga mahu tidur
tidur yang bakal melenyapkan segalanya.

2 comments:

setiakasih said...

senja yang tiba-tiba malam
merangkum segala keasyikan terhadapmu
dalam kepulan-kepulan awan yang berarak
ke horizon waktu

senja yang tiba-tiba malam
berguguran bintang satu demi satu dari cakerawala
merintih sayu mendamba rembulan
yang tiada kunjung tiba

malam jadi kusam
malam jadi sunyi
laut merintih sedih
laut menghempas rajuk
kesunyian bergema satu dunia

hati ini tiada di jasad
hati terbang dan menghilang
entah ke mana
wahai bayu
katakanlah sesuatu kepadaku
jantungku bergedup
tapi tanpa nyawa

senja yang tiba-tiba malam
telah merampas kamu
dari pandanganku.

GHAFAR BAHARI said...

Setiakasih
indah nian kembara adinda
mentafsir alam
menterjemah rasaku
senja yang tiba tiba malam
merentap rinduku
tercari cari bayanganmu
ketika malam menutup pintu
termanggu aku
menahan gegar nafasku
senja yang tiba tiba malam
satu penantian yang menyiksakan.