Sunday, February 21, 2010

2 comments:

setiakasih said...

terbang ke langit
berlayarkan selendang sutera sari
manis ranum senyumnya
menitis mewarnai alam
jadi gelang cahaya sakti
pelangi indah si bidadari pulau

terbang ke langit
merentas laut khayalan rindu
sepoi bayu menusup ke pangkal rambut
harumnya mengisi alam
larut menjadi cinta
resap menjadi mimpi
lahir menjadi setia

terbang ke langit
selendang menjadi layar pengikat hasrat
tuju ke kerajaan langit
puspa kencana sari
tempat bersemayamnya raja
penguasa hatinya.

GHAFAR BAHARI said...

Salam Setiakasih
Terima kasih kerana puisi telah lahir dari gambaran lukisanku ini.