Tuesday, October 05, 2010

MALAM MEMBEKU RINDU

Aku harap selepas ini
pohon kembali berbunga
ketika kutemui
malam dingin kesyahduan
betapa indahnya
kelopak percintaan

kuharap mimpi kita
akan terus berpanjangan
dan aku kembali melukiskan perasaan
di atas kambas perjalanan
ketika warna warna itu semakin membeku
dan mungkin aku tidak sempat lagi untuk bersuara
walaupun sepatah

mungkin inilah antara missi penyudah
melahirkannya dengan begitu payah
saat demi saat
meronta rasa
kesakitan
rindu jauh

Ya Allah berilah aku kekuatan
buat memancung tegas derita ini
dari pangkal ke hujung tangkai.

No comments: