Betapa sunyi malam ini
langit gelap tepu tanpa bulan
bintang bintang hilang
tidak lagi berkelipan
aku sendri di kamar sepi
mengurung diri
tanpa sesiapa
hanya lagu kesedihan dulu
bermain di ingatan
malam ini lagu itu
semakin menguris hatiku
tapi aku masih terus mahu
mendengarkannya
setiap kali aku teringat padamu
walau pun telah berkali kali
harus di sakiti
pedih pilu luka hati ini
untuk selamanya
di dalam hujan
bagai deraian pecah
hempasan kaca kaca
bertaburan
hari demi hari
aku sentiasa merasakan
kau masih tetap bersama menemani
tidak pernah jemu
semakin jauh kau berlalu
semakin lebat
hujan mengamit rindu.
No comments:
Post a Comment