Wednesday, January 20, 2010

RINDUKU DIAM

Tenggelam aku dalam lamunan
hanyut kenangan
tanpa suara
menyahut panggilku
bulan kelam
bintang pun rawan
langit suram
hasrat diam
terpendam dalam

kulukiskan cinta
hitam putihku
kaulah pelangi indah
melingkari hidupku
kaulah bayang
separuh dariku

kulukiskan rasa
indah pertemuan
sepanjang hayatku
kupalit pekat warna
seranum rinduku

aku cinta terlalu
rindu teramat rindu

diamku tidak terucap

7 comments:

Cahaya Kekasih said...

puisi baru?

setiakasih said...

dalam lukisan
dalam kata
kurang sempurna
salinan rasa

o rinduku
tidak terungkapkan

bayangmu menyentuh jiwaku
mengeletar kujur badanku
bukan gentar
ingin resap
jadi satu

pelangi
yang melingkari alammu
adalah segala kecintaanku
biar bulan turut diam
biar bintang jadi arah
merapat kepadamu
menyahut panggilan rindu
dalam yang terlalu
menguasai kewujudanku

datanglah kepadaku...
selalu.

GHAFAR BAHARI said...

Anakanda Cahaya puisi baru,malam tadi.

GHAFAR BAHARI said...

Setiakasih,
sore begini terlukis rangkap bicara puitis
yang kutunggu
luputlah resah dari kebeningan senja
semakin merah semakin indah
sunyi mengamit ingatan
padamu
kau yang jauh.

GHAFAR BAHARI said...

Hujan terus melebat
hati pun hanyut
tersentuh

C L J said...

Baru jelas tahu ku
apabila seorang seniman
diam terdiam
rupanya bukan ngelamun
bukan juga ia bermenung
tetapi mengumpul tenaga
membina tapak tari didada rasa
mengolah indah pelangi menyeri rupa
diam seorang seniman
menanggam harap impian
mewiridkan hajat kesampaian

Nyata diwirid diam itu ada hidayah mendatang
membawa harapan sekian dinanti
melamar kasih terpendam dihati
sukar barangkali melupakan ia
kerana datangnya entahkan suatu kurnia
Rahman Rahim siapalah tahu kerjanya
melainkan mereka yang terlibat dihati merasa.

GHAFAR BAHARI said...

CLJ terima kasih singgah kemari.
Lamunan berputar ligat
Sarat rencana.