Saturday, January 22, 2011

ANAK PEJUANG

Anakku
bangunlah
bukan kamu pengutip sampah
bukan kamu pengutip besi
bukan kamu penagih dadah
bukan kamu pelumba haram
Mat Rempit

sedarkah kamu apa terjadi
di luar sana
sedang kamu leka bernyanyi
janganlah kau ikut terhanyut
selagi nadi masih berdenyut
ada keris di bawah bantal
ada pedang di bawah tilam
asahlah matanya
biar betul betul tajam

Anakku
buka langkah
buka sejarah
ingat kembali silat yang dulu
tangkis musuh dari belakang
beramallah perteguhkan ilmu
kekuatan dalam mesti berguru
bersedia sentiasa di dalam diam
bagai api di dalam serkam
jangan lupa walau sedetik
ukwah Melayu jangan kau carik
gerak lalu mestilah cantik

Anakku
berhati hati setiap waktu
seteru mengintai segenap penjuru
jangan leka asyik bercinta
jangan tertarik pada yang mengoda
belum tahu isi hatinya
entahkan kaca mungkin permata
harga diri harus di jaga

kepada Allah kita berserah
kerana dia penentu segala
ingat selalu akan diriNya
ke jalan lurus lagi sempurna
jadilah kamu insan yang mulia.

No comments: