Saturday, January 22, 2011

SEBUKIT BINTANG

Aku hanya ingin kau tahu
ketika langit gelap
dan awan putih kelabu
ketika pantai berkejaran ombak
dan batu batu tertegun
ketika pungguk memulakan ketukan
daun daun kelapa bertepukan
berlalu bayu menaburkan kata
bersama hujan malam

hanyalah kerana kesetiaanku
menunggu dalam sunyi
kerana akulah bulan yang diam
sepi meniti helaian hari
naskah naskah indah
berkali kali kubaca
masih kulukiskan
dan alam mewarnakan
indahnya percintaan

kukumpulkan kembali
seluruh kerinduan
sebukit bintang
dari daerah perkebunan.

No comments: