Monday, January 18, 2010

KEKASIHKU BERSIHKAN LAH

Aduhai kekekasih
penguasa hati
dengarkanlah rayuan
dari diri kerdil ini
yang sentiasa kau
kabulkan pintanya
ketika susah hatiku
yang memenuhkan
segala hajat keperluanku

kerana aku juga mengasihinya
terlalu gembira menolong dia
tenangkan hati kekasih ku
dia juga sudah begitu tersiksa
jika perlu
ambillah sebahagian dari
kegembiraku
tenteramkan lah resah hatinya

seperti kolam dalam hijau
tenang membiru
seperti batu berlumut
yang menunggu
seperti bulan malam
ditemani bintang bintang
seperti malam hijau
Lailatul Qadar
seperti sayap Jibrail
yang bertaburan pada
sayapnya kerdipan
permata permata
seperti hati Rabiatul Adawiyah
yang telah kau tanamkan rasa cinta
yang telah kau bersihkan
segala hiba

Seperti Nabi Khaidir yang
menjadi penguasa air
ketenangan
seperti Awais Al Qarni yang
kau angkat ke langit kaus
ke mertabat tinggi marhain
dengan cahaya
kemuliaan

kerana dia juga sentiasa
ingat padamu
kabulkanlah mintanya
tolonglah dia
sepertimana kau tunjukkan
segala kebesaranmu padaku
keindahanmu

kekasihku
mulai dari hari ini
kau tunjukkanlah tanda tanda
kebesaranmu juga pada dia
ampunkan dia
dari segala kelemahan
yang ada dari dirinya
walau pun dia bersalah
berdosa
dia sudah menyesalinya
dia ingin kembali kejalanmu

peluklah dia dalam dakapanmu
rawatlah lukanya
Ya Khoha berilah dia kekuatan
buanglah rasa kecewa
dengan cahaya suci dari dalam
bersihkan lah kedukaan dulu.

18 comments:

abuyon said...

salam pak,

tamsilan yang tercatat itu
sangat menusuk di hati

Tenang darah rasa
mengalir ke tasik
jiwa

GHAFAR BAHARI said...

Kita mengharapkan yang terbaik untuk semua.

GHAFAR BAHARI said...
This comment has been removed by the author.
GHAFAR BAHARI said...

Salam kembali Abuyon,
saya cuba membantu sekadar yang termampu.

setiakasih said...

Siapa kekasihmu?

GHAFAR BAHARI said...

Tanya lagi,
Allah yang maha pengasih lagi penyanyang.

GHAFAR BAHARI said...
This comment has been removed by the author.
GHAFAR BAHARI said...

Puisi ini untuk setiakasih la.

Cahaya Kekasih said...

wah2 abah...mentang2 ada sumber inspirasi baru...lupa cahaya kekasih ya...xpe2.....huhu =_=!

GHAFAR BAHARI said...

Janganlah sedih, nanti abah buat sajak untuk cahaya pula.

MARSLI N.O said...

Sdr Gopa. Saya datang membaca.

GHAFAR BAHARI said...

Salam buat sahabat jeritku,nanti kita jerit lagi macam di CM dulu dulu.

setiakasih said...

Wahai kekanda
pemelihara hati
penjaga sukma
kepadamu kulabuhkan jemala
sarat fikir
sarat tafsir
sarat rindu
sarat cinta

simbolik
atas nama syuhada' kau bariskan
dan aku tiadalah setara
walau dalam hati ini
...moga...

aku merafa' doa
kepadaNya
Maha Pengasih Maha Mengasihani
hambanya yang terjerut
dalam mimpi yang menguasai
membawa kehidupan ke arah kematian

Ya Tuhan
Ya Muhsin Ya Azza wajalla
mohon bersihkan lukaku
biar berkubur ia jadi parut kenangan
agar aku bisa bangkit
dari segala kemurungan di atas kemurungan
yang melanda alamku
setelah kehilangan
sebahagian daripadaku.

GHAFAR BAHARI said...

Setiakasihku,
Kita mengharap belas kasih darinya
semoga dibukanya jalan
diberinya harapan
jangan lah kau bersedih lagi
mentari pagi akan terus bersinar
menyuluh ruang kehidupan
syukurlah kita akan rahmat dan hidayahnya.

Cahaya Kekasih said...

taknak wat sedih2 lagi la bah.....huhu....q xnak sedih2 lagi....

GHAFAR BAHARI said...

Yalah anakanda, kenapa nak difikirkan lagi.

Riesna Zasly said...

syahdu...
kekasih yang saling berserah
saling bertaut redha...

indah kosakatanya uncle
menghayal jiwa

GHAFAR BAHARI said...

Riesna
terima kasih hadir kemari
mereda resah disanubari
mengunkap kata dari hati kehati.