Sunday, July 11, 2010

DARI PENJARA JIWA

Dunia sentiasa berputar
tapi malam tetap kembali kepada malam
dan siang kembali kepada siang
lalu aku kembali kedalam sepiku dulu
sepi yang selamanya aku harus diam
melihat kesilapan demi kesilapan
yang pernah tertimpa
berkali kali

hanyalah kerana
aku tidak mungkin lagi
memiliki indahnya bunga bunga
sepanjang perjalanan
ke penjara jiwa ini

kata mereka
aku yang bersalah
aku lah yang harus
menerima padah
kerana melayarkan
kata kata pesona
sihir keasyikan
hanya mainan perasaan
ketagih indah

sakit sedu senja
luka menghiris jiwa
tertunggu tunggu
rindu suram malam
di bawah bulan terang
dan bertaburan bintang bintang
mereka ingin sekali
melihat sayap sayap bidadari
beterbangan tinggi.

No comments: