Wednesday, May 19, 2010

PUISI SYURGA KEKASIH

Puisi syurga pengubat jiwa
hamparan alam memujuk lara
putih hati berbunga bunga
hadapilah dengan tenang
segala rintangan
pegang kejujuran
tanda setia
kaulah kerinduanku
yang beterbangan
memetik gemilang
cahaya bekerlipan
dari bintang bulan
kau taburkan ke serata alam
segala keindahan
di luar jangkauan

aku hanya insan biasa
namun hati akan tetap memuja
merangkai kalungan bunga
anika warna
berbagai aroma
sebagai hantaran
pembuka kata
pengikat sukma
kerana kau lah satu satunya
bidadari malam
pembawa cahaya
yang selamanya kutunggu
yang teristimewa
begitu kurindu
bersayap permata.

4 comments:

abuyon said...

salam pak,

Kalau patah dengan manusia,
pengubatnya adalah Dia
yang Maha Kasih

GHAFAR BAHARI said...

Ya Abuyon
Salam kembali dari saya.Seawal lagi memang
saya sudah hamparkan ketulusan hati saya kerana kecintan itu dari Allah jua.

GHAFAR BAHARI said...
This comment has been removed by the author.
GHAFAR BAHARI said...

Keikhlasan itu adalah penawarnya.