Monday, May 17, 2010

PENUNGGU RINDU

Sunyi sebentar cinta ini
saperti berteduh dipohon tinggi
terlelap di rimbunan
sambil menghela nafas
ketenangan

kekasih
semilir angin bernyanyi perlahan
nyaman terasa di kehijauan
kutunggu kamu di bangku putih ini
mengintai merah teratai di kolam
melirik bagai manis senyummu
yang selamanya
cukup membahagiakan

kekasih
kerinduan ini membuat aku diam
menahan sebak menyentak
menyesak dada
tersekat tidak lepas
bagai lukisan yang belum siap
bagai kata indah tidak terucap

kekasih
akulah penunggu rindu
tidak henti henti bermimpi
tertidur terjaga
tertunggu tunggu
selimut tenunan halusmu
bersulam kasih bunga penuh
Pua Kumbu.

3 comments:

Zawawi Aziz said...

..dia begitu sukar untuk
mengerti.

GHAFAR BAHARI said...

Dia sangat memahami sebenarnya,lebih dari apa yang saya duga.

GHAFAR BAHARI said...

Hanya sunyi sebentar kerana tugas.