Thursday, April 08, 2010

4 comments:

setiakasih said...
This comment has been removed by the author.
setiakasih said...

berundurkah aku
anda menoleh ke belakang
menghadam episod-episod sirah
akar jati
pohon maknawi

berdosakah pada tiap langkah
kembali ke waktu terdahulu
menjelas semu
yang membungkam alamku
yang ini

membelakangkan kemajuan
haruskah itu satu kesalahan
kerana aku tidak mampu berjalan terus
ke hadapan
tanpa jejak peradaban
yang tertangguhkan kebenaran

kembali aku ke taman nurani
suci segala ideologi
bertaut pada nurani
mencari erti
perjalanan infiniti
merangkum ukhrawi
dalam diri.

GHAFAR BAHARI said...

Setiakasih
kita bukan anti kemajuan
tapi ia harus lah berada di atas landas yang betul
masaalah yang berbagai itu
dapatkah dikawal
apakah ia seimbang
dan hal hal tentang gejala sosial itu harus ada kekangannya dengan kekuatan pendidikan agama juga kegiatan yang bermanafaat.
Setia lukisan ini sebenarnya saya lukis untuk cerpen Dewan Sastera.Tapi saya suka ia kerana ia mengingatkan kamu.

setiakasih said...

iya?

aku suka lukisannya.
ia juga mengingatkan aku tentang aku. :)

dah kamu pelukisnya, menambahkan kebermaknaannya.

aku kini khayal di taman sirah.