Monday, November 02, 2009

PANAH YANG TERPACAK DI DADA


Ketika asyik
mencari diri
antara tidur dan jaga
berkali kali
dipanahnya lagi
bagai kilat dari angkasa
menyambar bagai halilintar
berapi terpancar di dadaku
terbelah dua
menggelepar
tapi hilang rasa
hanya cahaya

Inikah urusan
tentang hati
perihal cinta
sehingga segalanya
begitu mudah terguris
pilu sayu menangis
usah menjauh
isi alam bergetaran merusuh
memanggil indah namamu
sehingga lidah kasih mula tersentuh
aku sebenarnya sudah berkali kali jatuh.

7 comments:

Dhamah Syifflah said...

jatuh itu penghargaan...
supaya bisa berdiri...
jika mati...
mampukah berdiri...

GHAFAR BAHARI said...

Ujian diberi begitu hebat sekali
kalau dikira
diri ini pun tiada lagi
Dialah yang menghidupkan kembali
merawat luka luka

kerana adanya hidup ini
lahir pada yang memerlukan
atau di berinya kita peluang lagi
berkali kali kerana kasihnya
hanya Dia yang tahu.

GHAFAR BAHARI said...

Berkali kali jatuh juga bermaksud berkali kali jatuh cinta....

mamamin said...

puitis, kagum!!!

GHAFAR BAHARI said...

Terima kasih mamamin

Cahaya Kekasih said...

spelling error again...satu G je...u know which one :)

GHAFAR BAHARI said...

Terima Kasih q