Monday, February 22, 2010

HUJAN HANYUTKAN JIWA KACAU ITU

Kekasihku
malam ini langit menangis
melebat airmatanya
semakin melimpah
menarilah dalam basah
hanyutkan segala resah
hanyutkan lah derita ini
ke longkang longkang hitam
ke parit parit terbuang
sungai ke laut hilang

kekasihku
aku akan terus menari
melompat lompat riang
memijak mijak lopak air ini
percikan manja
basah kita bersama
alangkah bahagianya
tanggalkanlah sepatu itu
buanglah sejauhnya
dari ingatan


kekasihku
pautlah lenganku
aku akan terus merangkul pinggangmu
biarlah sakit ini dihanyutkan
berligar ligar mengelilingi
berpusing pusing tari
hujan terus menderu
hujan tenggelamkan kata
hanya senyum dan tawamu
terukir dalam kehangatan
bersatu kembali
dalam pelukan cinta

kekasihku
buanglah semuanya
hanyutkan lah jiwa kacau itu
aku masih punya kamu.

3 comments:

  1. menarilah di dalam hujan
    dan tiap kucuran air yang membasahi kamu
    menghilangkan parut di jiwamu
    dan lepaskanlah sengsara
    biarkan deritamu mengalir ke bumi
    hanyut ke sungai hijau
    diserap bumi subur
    dan membangun ia menjadi pepohon melur
    yang indah lagi wangi

    lepaskanlah desahan pilu itu
    dan menarilah mengikut rentak rintik hujan yang berkucuran turun
    melebat di dada langit
    tanda hikmah dalam bencana bagi yang berfikir

    menarilah dengan hati penuh puas
    melangkahlah dengan yakin
    pada tiap rentak yang kau dengar
    pada gerak hati yang memacu
    ke mana arah dan tujuanmu
    selepas ini

    pabila redanya hujan
    nescaya mentari akan hadir
    burung-burung akan berkicau
    ikan-ikan akan berkejaran riang
    di tamanmu

    jejak sepatu yang telah kita tanggalkan
    pasti hilang
    dan tinggallah kenangan manis kita
    kala menari di dalam hujan
    di taman-taman indah
    yang berlainan sempadan

    patahkan ranting yang sedang tuannya
    patahkan tangkai si daun bunga Matahari
    lukiskan di atasnya
    peta tuju bahagia
    dan penjejaknya
    adalah kau dan dia
    di temani rama-rama syurga
    aku pasti
    istana yang kau bina
    bersinar indah pawana
    atas namaNya jua

    ReplyDelete
  2. Istana itu sebenarnya hanya tinggal donggengan tiada lagi kesetiaan
    hanya aku yang teguh bertahan.

    ReplyDelete
  3. kadang-kadang bercinta dan meraih kasih umpama dalam dongengan...

    ReplyDelete