Wednesday, January 13, 2010

SETIAKASIHKU HARAPANKU

Setiakasihku,
kurenangi lautan harapan ini
ke pulau indahmu
ku pasti kau masih setia
menunggu ku disana
ku susuli pantai putihmu
dengan ketulusan hati
tanpa curiga
dan aku tetap menerima kehadiranmu seadanya
dari landasan yang telah ditentukan buatku
kepadamu kekasihku

Setiakasihku,
aku akan terus merindui senyummu
buat menghiasi daerah sunyi hatiku
dengan harapan terus berbunga
ingin ku jalani hari hari yang tersisa
dengan sebaiknya
bagai yang kita impikan
untuk selamanya

Setiakasihku,
disini didaerah perkasihan ini
sentiasa mengharapkan kehadiranmu
dan disini sebagai tanda kasihku
ingin kusandarkan diriku kebahumu
aku sudah terlalu penat
dilambung ombak cabaran
mengganas di lautan

dengarkanlah betapa derasnya
degup jantungku.

10 comments:

  1. aduh...

    'rindu berat' ala camelia malek
    hehe

    nice uncle
    syahdu menghayatinya

    ReplyDelete
  2. Memangla berat.Apa dibuat serba tak kena.

    ReplyDelete
  3. lambai rindu
    hapus ragu
    jelas aku
    bukan kekasih

    getar nafas
    ucap maaf
    sayang
    tiada balas

    pulau
    tandus cinta
    di lautan
    tenggelam
    hasrat.

    ReplyDelete
  4. Keliru aku akan jawapan mu
    tapi apa pun keputusanmu
    aku tidak sedikit pun berkecil hati.

    ReplyDelete
  5. Mengapa Setiakasih berbicara begitu
    apakah yang telah berlaku
    mungkin ada yang keliru
    tiba tiba berpatah arah
    sedang aku rindu menanti.

    ReplyDelete
  6. Inikah akhirnya
    keliru aku
    kerana kaulah
    sebenarnya kekasihku

    menanti penuh harapan
    inikah jawapanmu
    aku tersingkir jauh

    Kusemai benih cinta
    di sudut hatiku
    tapi engkau tidak percaya
    hanyutlah aku di laut sepi
    membawa diri
    begitu hina,

    ReplyDelete
  7. lihatlah pergunungan harapan
    melandai kasih ke dataran hijau
    hijau adalah selimut cinta penuh ketenangan
    aku ada di situ
    damsel
    mendapa tangan
    rindu.

    ReplyDelete
  8. ape kes ni....adeh.....

    ReplyDelete
  9. jgn bnyk sgt melalut....lain jadinye nanti..

    ReplyDelete