Monday, February 15, 2010

KEKASIHKU SUNYI ITU

Sunyi panjang hari ini
ku kehilangan baris kata kata
puisi indah darimu
yang saban waktu datang
menghiburku
seperti ruang kosong hampa
tanpa sesiapa
seperti pohon diam
sekelian alam tidak menyapa
burung burung hilang
terbang kemana
awan di langit tidak bergerak
dan aku diam tidak berganjak
mencarimu
dari nota ke nota

pada setiap bait puisi puisi lama
berulang kali ku bacakan
semakin lama semakin
ketemu indah
dan akan terus kubacakan
buat mengisi setiap inci kesunyian ini
kekosongan yang mula menyerbu
mahu menderaku
pada akal fikir
hati nurani

kekasihku
datanglah
bersuaralah walau pun sepatah.

13 comments:

  1. Salam sahabatku,

    sayu aku mendengar rintihanmu,
    bagaimana aku bisa membantumu,
    merawat kesunyianmu?

    katakanlah kepadaku
    caranya?
    agar bisa rawanmu larut
    ditiup angin ke laut cina selatan

    ReplyDelete
  2. setiakasihku
    hanya sekadar bicara darimu
    kutunggu buat merawat sepiku.

    ReplyDelete
  3. Terimakasih kerana kunjungan ini.

    ReplyDelete
  4. aku tidak sihat sejak semalam.
    maaf. bukan sengaja.

    ReplyDelete
  5. semoga cepat sembuhnya.salam rindu dari ku yang jauh.

    ReplyDelete
  6. berehatlah, cuaca sekarang pun tidak menentu.

    ReplyDelete
  7. Ingin aku bertemu...
    Kekasih hatiku...

    Mampukah aku...
    menyelam jauh ke dasar...
    Mampukah aku...
    Menelan segala pahit gusar...

    Aku duduk sayu...
    Kesunyian malam itu...
    Membibit kerinduan sahdu...
    Pada bingkai hatiku...

    Dapatkah aku...
    Merawat luka dilautan...
    Mencari penawar keresahan...
    Memburu seribu...
    Bayang-bayang hilang...

    Kerana Kau...
    Aku menghilang...
    Dibungkus tanah gersang...

    ReplyDelete
  8. Hanya lelaki yang punya keyakinan kekuatan saja yang mampu menghadapi segala ujian.

    ReplyDelete
  9. Begitu juga dengan perempuan...

    ReplyDelete
  10. Betul kata Setiakasih tu.Asyik bertanya je mampukah aku, mampukah aku.

    ReplyDelete
  11. mampukah aku...
    dalam kelam-kelam yang sunyi...

    ada yang berkata...
    aku sanggup meredah...
    lautan berapi...

    tetapi mampukah aku...
    apabila mengetahui...
    itu membakar diri...

    sedangkan tiada...

    ReplyDelete
  12. Rabiatul Adawiah pernah berkata
    hilang syurga hilang neraka
    kerana dia kekasihku terserah padanya.

    ReplyDelete