Thursday, February 04, 2010

KEKASIHKU HUJAN HUJAN RINDU

Hujan- hujan rindu
semakin melebat
semakin mendekat
kau dalam pelukan kasih
berpautlah padaku
biarlah kita hanyut basah
biarlah kita tercungap lemas
dalam dakapan ini
terdampar sudah

peganglah tanganku
gengamlah janji setia
meresaplah
bersatulah dalam diriku
berkejaran diurat darahku
bergetaran antara hela nafasku
berbisiklah ke telingaku
tentang kesakitanmu
merataplah dibahuku
menangislah sepuasnya.

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. akan kepada kamukah
    bisa kuratap riwayatku
    pada bahu kamukah kupangku dagu
    pada diri kamukah kulangsaikan semua makna rindu

    dengarkanlah suara hati yang berbisik
    aku
    jentayu yang melayah
    saat fantasi dan realiti bersatu

    pikatlah aku
    ikatlah sayapku
    kerana aku terlah menyerah takdirku
    ke tangan kamu
    ksatriaku.

    ReplyDelete
  3. setiakasih
    akan aku selalu mendengar
    akan kita kongsi bersama
    segala payah derita ini
    pun aku sedia melangsaikan
    beban rindu itu
    padamu kuserahkan hatiku
    pujaanku
    aku pasti akan terus
    memikat dan merayumu.

    ReplyDelete
  4. saya amatberminat dengan karya-karya anda.. kali pertama terjumpa blog ni, saya sudah mula meminatinya.
    tahniah atas usaha menjaga sisa seni bangsa kita dan saya berharap, kita sama-sama memartabatkan industri puisi malaysia.... saya amat tertarik dengan karya-karya lukisan anda juga....

    ReplyDelete
  5. TERIMA KASIH BUAT 4 UMYFANS
    KERANA DATANG SELAMAT MAJU JAYA.

    ReplyDelete
  6. salam pak gopa,

    Hmm .. sajak pak gopa
    kebelakangan ini, saya
    tak berani nak komen ..
    hehe


    o ya apa cerita sajak
    saya .. ada masyuk ka
    hehe

    ReplyDelete