Monday, February 01, 2010

DOA SANG PENGEMBARA

Malam semakin diam
tidak bertanya lagi
pada bulan
di manakah awan

dia di mana- mana
dialah lukisanku
puisi puisi sunyiku
bergantungan
di pohon pohon teduh
di mimpi- mimpi indah
pengembara jauh

setiap saat
wajah itu datang
aku hanya sempat menangkap
mata itu untuk seketika
mata hitam tajam menikam
alangkah sakitnya

aduhai Kekasihku
jangan kau bunuh indah ini
kerana inilah
keindahan terakhir buatku
dan ia baru saja bermula

Ya Allah Ya Mani`u
walaupun aku ini
lelaki durjana
berbungkus dosa

aku merayu padaMu
tinggalkan lah sedikit mimpi indah buatku
kerana aku sebenarnya
sudah begitu lama menderita.

9 comments:

  1. Sdr Gopa: Saya datang membaca.

    ReplyDelete
  2. Gopa: apa maksudmu? Adakah kamu mendapat masalah kerananya?

    ReplyDelete
  3. Puisi ini hanya sekadar kebimbanganku takut hilang cinta indah itu dari diriku.

    ReplyDelete
  4. Aku cukup bahagia dengan apa yang kumiliki hari ini bersama denganmu
    setiakasihku.

    ReplyDelete
  5. Moga kamu tidak dibebani kepayahan selama mengenali aku, ya.

    Aku juga bangga mengenali kamu melalui lukisan pertamanya kemudian tiadaku sangka, kamu juga sangat hebat dalam semua cabangan seni.

    Sungguh aku segan berbicara denganmu sebenarnya... terasa kerdil...
    'melukut di tepian gantang.'

    Terima kasih kerana sudi berbalasan puisi bersama penyair jalanan (maya) seperti saya.

    ReplyDelete
  6. Setiakasihku
    janganlah merendah diri
    saya mulanya hanya minat melukis saja tetapi secara kebetulan
    saya bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka yang kebetulan memang kaya dengan berbagai kegiatan seni dan budaya jadi banyak ilmu yang dapat saya timba dan bina disana.

    ReplyDelete
  7. Setiakasihku
    Cintailah saya seadanya
    apa yang ada pada nama.

    ReplyDelete