Monday, January 18, 2010

KEKASIHKU BERSIHKAN LAH

Aduhai kekekasih
penguasa hati
dengarkanlah rayuan
dari diri kerdil ini
yang sentiasa kau
kabulkan pintanya
ketika susah hatiku
yang memenuhkan
segala hajat keperluanku

kerana aku juga mengasihinya
terlalu gembira menolong dia
tenangkan hati kekasih ku
dia juga sudah begitu tersiksa
jika perlu
ambillah sebahagian dari
kegembiraku
tenteramkan lah resah hatinya

seperti kolam dalam hijau
tenang membiru
seperti batu berlumut
yang menunggu
seperti bulan malam
ditemani bintang bintang
seperti malam hijau
Lailatul Qadar
seperti sayap Jibrail
yang bertaburan pada
sayapnya kerdipan
permata permata
seperti hati Rabiatul Adawiyah
yang telah kau tanamkan rasa cinta
yang telah kau bersihkan
segala hiba

Seperti Nabi Khaidir yang
menjadi penguasa air
ketenangan
seperti Awais Al Qarni yang
kau angkat ke langit kaus
ke mertabat tinggi marhain
dengan cahaya
kemuliaan

kerana dia juga sentiasa
ingat padamu
kabulkanlah mintanya
tolonglah dia
sepertimana kau tunjukkan
segala kebesaranmu padaku
keindahanmu

kekasihku
mulai dari hari ini
kau tunjukkanlah tanda tanda
kebesaranmu juga pada dia
ampunkan dia
dari segala kelemahan
yang ada dari dirinya
walau pun dia bersalah
berdosa
dia sudah menyesalinya
dia ingin kembali kejalanmu

peluklah dia dalam dakapanmu
rawatlah lukanya
Ya Khoha berilah dia kekuatan
buanglah rasa kecewa
dengan cahaya suci dari dalam
bersihkan lah kedukaan dulu.

18 comments:

  1. salam pak,

    tamsilan yang tercatat itu
    sangat menusuk di hati

    Tenang darah rasa
    mengalir ke tasik
    jiwa

    ReplyDelete
  2. Kita mengharapkan yang terbaik untuk semua.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam kembali Abuyon,
    saya cuba membantu sekadar yang termampu.

    ReplyDelete
  5. Tanya lagi,
    Allah yang maha pengasih lagi penyanyang.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Puisi ini untuk setiakasih la.

    ReplyDelete
  8. wah2 abah...mentang2 ada sumber inspirasi baru...lupa cahaya kekasih ya...xpe2.....huhu =_=!

    ReplyDelete
  9. Janganlah sedih, nanti abah buat sajak untuk cahaya pula.

    ReplyDelete
  10. Sdr Gopa. Saya datang membaca.

    ReplyDelete
  11. Salam buat sahabat jeritku,nanti kita jerit lagi macam di CM dulu dulu.

    ReplyDelete
  12. Wahai kekanda
    pemelihara hati
    penjaga sukma
    kepadamu kulabuhkan jemala
    sarat fikir
    sarat tafsir
    sarat rindu
    sarat cinta

    simbolik
    atas nama syuhada' kau bariskan
    dan aku tiadalah setara
    walau dalam hati ini
    ...moga...

    aku merafa' doa
    kepadaNya
    Maha Pengasih Maha Mengasihani
    hambanya yang terjerut
    dalam mimpi yang menguasai
    membawa kehidupan ke arah kematian

    Ya Tuhan
    Ya Muhsin Ya Azza wajalla
    mohon bersihkan lukaku
    biar berkubur ia jadi parut kenangan
    agar aku bisa bangkit
    dari segala kemurungan di atas kemurungan
    yang melanda alamku
    setelah kehilangan
    sebahagian daripadaku.

    ReplyDelete
  13. Setiakasihku,
    Kita mengharap belas kasih darinya
    semoga dibukanya jalan
    diberinya harapan
    jangan lah kau bersedih lagi
    mentari pagi akan terus bersinar
    menyuluh ruang kehidupan
    syukurlah kita akan rahmat dan hidayahnya.

    ReplyDelete
  14. taknak wat sedih2 lagi la bah.....huhu....q xnak sedih2 lagi....

    ReplyDelete
  15. Yalah anakanda, kenapa nak difikirkan lagi.

    ReplyDelete
  16. syahdu...
    kekasih yang saling berserah
    saling bertaut redha...

    indah kosakatanya uncle
    menghayal jiwa

    ReplyDelete
  17. Riesna
    terima kasih hadir kemari
    mereda resah disanubari
    mengunkap kata dari hati kehati.

    ReplyDelete