Wednesday, December 16, 2009

KALIMAH CINTA

Merendah
rendahkan lah
berlembut hati
perhaluskan lah lagi
sujud merapat sunyi
lagu sedih hiba
teringin
damai lapang
dalam tenggelam
kenikmatan bersamamu
datang tenang
tenteram
hanyut jauh
ke laut senja
segala luka luka

tidak lepas
tidak kering di ingatan
alangkah indahnya
betapa sakitnya menulis
melukis namaMu
tawakal di dada
mengintai makna
bicara alam bergetaran
diam diam
rahsia

kekasih
layakkah aku merindu
sehingga kini
kalimah cinta seindah itu
tidak mampu kuucapkan lagi.

4 comments:

  1. Noralina, salam dari saya kerana ziarah kesini. Kalimah cinta dari Allah tiada tandingannya. Selamat menyambut awal muharram juga dari saya.

    ReplyDelete
  2. Cintaku kepadaNya
    tiada taranya
    Cinta itu buatku mengalirkan airmata
    bukan kerana lemah
    bukan kerana takut kalah
    tapi kerana berasa rendah
    nikmatNya melimpah
    sungguh aku terpana
    gagal ungkapkan segalanya

    Dia Tuhanku
    pemilik segalanya
    maluku menyebut namaNya
    tanpa meranapkan riak di dada.

    'Salam Awal Muharam.'

    ReplyDelete
  3. cinta tidak terucap kerana diri kita merasa begitu banyak kesilapan yang telah kita lakukan.Sehingga terasa tidak layak berada disisinya yang maha suci.

    ReplyDelete
  4. Setia kasih salam kembali dari saya

    ReplyDelete