Tuesday, September 08, 2009

SIAPALAH AKU

Apa harus diucapkan lagi
senandungku kini berlagu sunyi
tenggelam dilamunan
hanyut sendiri

apa harus dikesalkan kini
puisi luka tidak bermakna
hanya lontaran kata- kata
tanpa lagu hilang asonansinya

hitam putih alam ini
hanya tinggal debu dan pasir
tidak henti beterbangan
lalu hilang dari pandangan
ombak pantai ku bisu
meninggalkan seribu deru
meronta kesakitan

sepi sebelum ada sesiapa
diam untuk tidak lagi bertanya
untuk menyelam
dalam lautan ikan -ikan
siapalah aku
antara bayangan pepohonan
di lapisan hati mereka
tidak lagi bermakna
hanya tinggal naratif cinta.

14 comments:

  1. sedih je nak raya da ni....siapa anda??

    anda abah saya la...!!!

    hehe

    ReplyDelete
  2. Ih, ih sedih la teringat anak anak tak ada baju raya lagi

    ReplyDelete
  3. Dia menjadikan dirimu...
    sebagai kalifahNya...
    tidak seperti aku...
    dijadikan hambaNya...
    supaya aku mengerti akan...
    kekuasaanNYa...

    ReplyDelete
  4. takpe bah..anak yang ni ada da baju raya...heheh....

    kasut raya takyah beli...pakai apa ada je...

    ReplyDelete
  5. kalau macam tu ok la senang hati abah

    ReplyDelete
  6. Terima Kasih Dhamah Syifflah kerana kunjungan ke sini. Apa yang telah tertulis itu pun masih menjadi rahsia. Semoga kita semua di limpahkan hidayah ke jalan yang benar.

    ReplyDelete
  7. salam pak,

    Siapalah aku, macam filem Jackie Chan layaknya .. he
    who am I


    Kita adalah hamba-Nya
    kita dicipta
    oleh-Nya

    ReplyDelete
  8. Salam kembali Abuyon. Seadanya tapi terus berusaha harus terus meminta.

    ReplyDelete
  9. salam pak,

    Mari, atas nama Tuhan yang agung
    dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
    dan sejuta hati kita bersalaman dari
    denyutnya yang paling
    tenang dan dalam

    Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
    Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
    nyata, dari hujung ke hujungnya

    p/s: nak duit raya pakcik Gopa ..
    pinta anak-anakku ..hehe

    ReplyDelete
  10. huhu..abuyon...ayat last tu macam kenal je....ni anak yang minta ke ayah nye ni..hehe...ha..atok ni boleh bagi ko...wakilkan...hehe

    ReplyDelete
  11. maaf dan selamat hari raya buat teman teman.
    p/s gaji belum dapat lagi,apa la tak paham betul la dah nak raye ni orang nak balik kampung ni tak sabar dah

    ReplyDelete
  12. ye la tak sabar la nak balik kampung...mentang2 kite ni takde kampung..huhuhu

    ReplyDelete
  13. SELAMAT HARI RAYA, Abg GOPA.
    Masih sempat mengarang puisi raya dalam kemeriahan kuih raya nih :).

    ReplyDelete
  14. Salam dan selamat hari raya buat sahabatku Abnu Ahmad.Semuga kita semua diberi keberkatan.Maaf jika ada tersalah senda.Saya sekadar mengisi masa lapang saja. Sambil santai santai dengan keluarga kadang kadang ada saja yang nak ditulis.

    ReplyDelete