Thursday, April 29, 2010

Tuesday, April 27, 2010

RINDU KATA LAMA TIDAK BERBICARA

Aku harap rindu ini
tidak akan pernah berubah
seperti mula
ketika aku belajar untuk menyintaimu
dengan segala indahnya
dengan sepenuh hatiku
seperti yang pernah aku hamparkan
sejujur seputih ombak
sebiru selendang langit
sehijau rumput di padang
seluas alam
semakin gelisah
pagi tersenyum matahari
bersinar keemasan

aku harap kau juga di sana
tidak akan pernah berpindah
sabar menanti di hutan sunyi
tangis pedih di gelap gerimis
kita terlalu jauh sayang
inikah kerinduan
yang mencengkam perasaan
dengan janji ilusi
saling berlambaian
hanyut terlelap
di lamunan

ah... merahnya bibirmu
mengelupas rasa
merekah kasih
dengan segala ranum nan manis
tersentuh kata menitiskan nira
kemabukkan.

Thursday, April 22, 2010

RINDU SUASANA

Aku harap jalan ini
adalah jalan yang sama
dan ia selamanya
tidak pernah berubah
seperti kata kata yang sama
yang pernah kita ucapkan dulu
seperti malam ini
malam yang sama indahnya
gemersik nyanyi hujan

lalu kita menyintai suasana
tenang damai lagi diam
dalam terpendam
pada teduh pepohonan
di celah bisik
semilir angin perlahan
kurindu sunyi senja
daun daun berguguran
kekeringan
kehilangan

sehari sehelai.

Friday, April 09, 2010

Thursday, April 08, 2010

GURUKU PADA GERAK RASA TANGKIS PERTAMA

Daerah jauh dulu
bermain di kotak fikirku
di mana terlenturnya
liat buluhku
menyongsang angin

tetapi hasratku
menarik ingin
menempa sejarah
terus berjaya
mencapai hasrat
yang lama terpendam
menjadi seorang karyawan
seorang seniman alam

sehingga segalanya
terdorong ke arena
dengan kekuatan
doronganmu pendita
memecah tembuk
lalu aku dilontarkan
terus terkepung di dalam

guruku
aku kini di keliling teman
sudah lama bergelut kata
cekap berpencak warna
di persada seni negara
menilai ketajaman rasa
menghayati indah suasana
batas pengalaman

penuh sanjung dan puji
tabah sakitku sering di uji
tapi padamu tidak kulupa
gerak jurus terindah
dari mata hati
gerak rasa tangkis pertama
sikuku pernah tercalar luka.

Tuesday, April 06, 2010

GURU PELENGKAP KESEMPURNAAN

Pada tangannya
tercorak warna
inspirasi akan datang
kebangkitan para cendikiawan
pelbagai bidang ilmuan
peneroka zaman
jati diri
selaras berkembangnya
teknologi perubahan
waktu

jauh di pendalaman
bersama jerit perih kesakitan
berbagai halangan
dilatihnya diri
dengan kesabaran
buat anak bangsa
menjadi insan berguna
untuk masa depan
garis sempadan

guru
kau titipkan segala ilmu
bekalan hidup penuh berliku
kepandaian
rahsia alam muslihat insan
ilmu agama ilmu dunia
tidak jemu kau tebarkan
dengan ikhlas seputih hati
kau susuli perjalanan
bersama serangkai pesan
bunga bunga harapan
cinta kasih

tidak perlu sanjungan
untuk pedoman
jadi panduan
sekepal doa kau panjatkan
melimpah penuh keberkatan
hanya kejayaan

guru
bersyukur aku kerana kamu
telah membetulkan jalanku
lalu di sinilah rintis laluanku
mencari kesempurnaan.

Sunday, April 04, 2010

Saturday, April 03, 2010

KEKASIH AKU HANYA INGIN KAU TAHU

Aku hanya ingin kau tahu
di mana ada aku
aku ingin kau yang pertama tahu
hatiku sentiasa bersamamu
mendampingimu sentiasa
kemana mana namamu kubawa
keyakinan
ketabahan
kerinduan
hanyalah kerana
cinta kamu
yang mungkin selamanya
mencari aku

malah jika sesuatu berlaku
terhadapku
aku mahu kau lah orang pertama
sepatutnya tahu
di mana hilang aku
di sanalah hilang indah itu.

KEKASIHKU ITU YANG MENDEPAKAN TANGAN

Kekasihku itu
yang mendepakan kedua tangan
seluas luasnya
dari pagi ke senja
malam ke siang
pada sesiapa jua
yang mengharapkan
segala limpah keampunan.

Friday, April 02, 2010

KEKASIHKU KETIKA BULAN DIAM


Aku didalam kamu
kau melihat hatiku
ketika bulan diam
awan mengorak gelisah
aku terus melukis rasa
kau tidak henti henti bertanya
kemana pergi cinta
meskipun kau sendiri tahu
tangan siapa seiring jalan
masih kau genggam setia
didalam gelap gelita
menakutkan itu

beberapa tetamu datang
mengajak aku bernyanyi
tetapi ketika aku tunduk
aku terlihat kamu di dadaku
kekasihku
hanya kamu
yang masih tertunduk juga
begitu siksa menunggu
mengajak pergi
hanya berdua
merentas samudera

siang aku melihat
matahari berjalan
di atas paksinya
dan di atas paksi itu
aku melihat tanganmu
memegangnya
meruntun rindu
ke taman jauh
cakerawala ungu.

Thursday, April 01, 2010

KERONCONG ALA CANGGUNG

Apa sudah jadi
topeng topeng menari
ramainya pelakun pelakun
penyanyi penyanyi sumbang
di pentas opera
berdendang
di suapkannya aku lagu
ala canggung
janji manis mu
hingga terlena

di bangku empuk
berdengkur
kerongcong lapar
terdonggak
terngangga
terlopong
terbiar.

PETANG CANTIK

Petang cantik
angin bertiup lembut
langit teduh
sedikit ingatan pada mu
siap kerja tertangguh
lalu aku terlihat bunga
di pasu penuh

terhidu sedikit wangi
bukan bunga
ramai di sini berlegar
tercari cari
aku di laluan
indah rasa
lahir dari siapa.